Monday, September 27, 2004

Speak Malay Day

Sepanjang hari ini, saya akan bertutur/menaip dalam bahasa Melayu yang sempurna (jangan ketawa tau!!!)

Saya teringat akan peristiwa semasa saya masih di sekolah rendah.(darjah 3 kalau tak silap) Kerana terlalu ramai murid yang menggunakan Bahasa Inggeris di dalam kelas Bahasa Melayu, Cikgu BM saya (Cikgu Ahmad) telah mengadakan peraturan baru. Sesiapa yang menggunakan bahasa Inggeris didalam kelasnye dikenakan denda 20 sen.

Sebagai seorang murid yang vokal, saya telah berdiri untuk menyuarakan rasa tidak puas hati saya terhadap peraturan itu. (sebab saya tahu saya akan tercakap Inggeris) Tapi apakan daya ayat pertama yang terkeluar dari mulut saya ialah "Cikgu, itu tak FAIR" (terbang 20 sen saya)

Bila cikgu terangkan yang ini adelah supaya murid murid berusaha menggunakan BM, saya tanpa berfikir panjang mencelah, "BUT Cikgu, saya...." (20 sen lagi)
Akhirnya perbualah mengenai peraturan itu sahaja telah menyebabkan 60 sen terbang dari kocek saya. Selepas itu, saya duduk diam-diam tanpa bersuara lagi sehingga loceng berbunyi menandakan masa untuk ke kelas lain. hehehehe

Satu lagi peristiwa, bapa dan mak saudara saya bercuti di Singapura semasa saya di menengah satu. Bapa saudara saya (Guru Kanan & Guru Matematiks) dan mak saudara saya (Guru Bahasa Melayu) minta untuk membaca buku teks dan buku latihan Melayu saya. Dengan bangganya, saya mengeluarkan kesemua buku buku itu (sebab saya adalah diantara pelajar cemerlang di sekolah jadi markah saya boleh dikatakan selalu tertinggi dikelas) Alangkah sedihnya apabila saya melihat bapa dan mak saudara saya membaca buku2 saya itu dan menggelengkan kepala mereka. Bila saya tanya mengapa, mereka mengatakan struktur ayat saya semua salah. Saya suka menggunakan perkataan "telah" dan saya telah menggunakan sewenang-wenangnye(wow! new word)
Yang menghairankan saya macam mana saya boleh dapat markah tertinggi di dalam kelas. (sungguh terok sekali taraf bahasa Melayu di kota Singa ini)

Semasa peperiksaan A level, saya ambil Bahasa Melayu di peringkat A level jadi antara syllabus (oops) saya ialah buku buku sastera Melayu seperti 'Salina' karya A Samad Said. Di dalam kolej saya iaitu Kolej Kebangsaan Singapura (NJC) hanya dua org saje yang mengambil A level Malay, saya dan seorang murid perempuan berbangsa cina (berasal dari Indonesia) Cikgu saya meletakkan setinggi tinggi harapan kepada saya untuk mendapatkan markah kepujian (distinction) tapi semasa keputusan diketahui, budak perempuan itu yang mendapat kepujian sementara saya hanya dapat "B". Sediiihh.... sediiih.....

Bagaimanapun, saya akan terus berusaha untuk mempelajari dan lebih menggunakan bahasa Melayu. Itu sahaja entry (oops again) saya untuk hari ni dalam bahasa Melayu.

9 comments:

naniz said...

saya fikirkan tugas saya utk mengalih bahasa Inggeris kpd Melayu bagi keratan2 akhbar dan iklan2 mengenai syarikat saya, adalah tugas yg sukar.

Setiap kali, saya ditugaskan untuk "design" (cant find da word?!)iklan yg baru, bersama dgn isi kandungan iklan itu sekali, kamus Inggeris-Melayu mesti ada di depan mata. Kalau tidak,tidak akan selesai tugas saya.

kini, saya berpendapat menaip dlm bahasa Melayu utk "blog" adalah lebih sukar, dan benar2 mencabar.

(oh goodness..dat was tough)

shsuya said...

hahahha... tahukah anda saya telah mengambil masa lebih dari sejam untuk mengarang entry hari ini. Bukan sahaja otak saya lembab untuk mengingatkan perkataan melayu yang hendak saya guna...tetapi jari jemari saya juga lembap hendak menaip setiap satu perkataan melayu itu.....

naniz said...

is it finally over?! phew..no more cakap melayu 100%! yeah!! u noe..u sound like some radio commercial or a trailer of some sort "tahukah anda..." hehe...

Musang said...

hahahak, kelakar siut bahasa melayu kau. tapi takpe, usaha tangga kejayaan. macam aku, aku nak improve english aku, so that's why i write my blog in english. if you have any comments on my english grammar or words, please let me know ok! chiao!

mathematics = 'matematik' and not 'matematiks'

shsuya said...

Oiiit.. jangan ketawa ah.... susah tau nak cakap bahasa melayu yang grammatically correct.kena pikir in English pas tu translate in malay. mana tak klakar bunyinye.. hehe

matematik ok ok .. thanx now I know....

Lisa said...

oh my gawd! hmmm... i dare say ur entry is understandable. spelling a bit old skool though. way to go! =)

err nani, juz wondering. 'design' = lakar?

Musang said...

ok la. your malay lang will get better with lots of practice. i'm sorry with the laughing, because i'm not that good with english myself.

btw lisa, design = reka. sketch = lakar.

*i'm thinking of opening malay language tuition in singapore. LOL.

shsuya said...

Lisa... let's not delude ourselves.. the standard of Malay in Singapore schools (actually even outta schools) is pathetic. (and I'm being generous here) What we learn in Sec 1 is what our Malaysian counterparts learn in Standard 4. Do u know that our Malay daily, Berita Harian is being used as a text material in some JB schools?? as an example of "Tandakan ayat salah di dalam teks berikut....." hahahhaha *sooo sad*

Musang said...

iye? sampai macam tue sekali? takkan lah. that's a newspaper. they have editor. takkan editor dia orang makan gaji buta kot, tak check grammatical error.